PANTANG LARANG & BUDAYA MAKANAN KAUM INDIA SEWAKTU HAMIL

 setiap masyarakat pasti ada pantang larang sendiri yang boleh membantu mereka dalam mendapat kebaikan sendiri. Tak kisahlah melayu, cina atau india hehe. 

    So, dekat bawah ni korang boleh lah ambil tahu pantang larang kaum India sewaktu hamil hehe. 

Moga bermanfaat heeee.

PANTANG LARANG SEWAKTU HAMIL

SEWAKTU MENGANDUNG

Adat Valaikaappu adalah adat yang dilakukan ketika kandungan sulung wanita hamil menjangkau usia tujuh hingga sembilan bulan. Wanita hamil tersebut akan dipakaikan sebentuk gelang tangan baru yang dikenali sebagai Suulkaappu. Suul bermaksud `kandungan ibu’ dan Kaappu pula bermaksud ‘perlindungan’. Gelang ini dipakai bertujuan untuk melindungi bayi di dalam kandungan daripada kesukaran semasa bersalin.

Adat Valaikaappu diadakan pada hari dan masa yang baik menurut kalendar India. Upacara ini akan diadakan di rumah suami atau ibu bapa dan disertai oleh kaum wanita yang telah bersuami dan mempunyai anak yang dipanggil cumanggali.

Gelang tangan yang dipakaikan dalam upacara ini terdiri daripada beberapa jenis iaitu gelang kaca, pancalogam dan emas mengikut kemampuan masing-masing. Setelah anak dilahirkan, gelang tangan emas tersebut akan dileburkan untuk dibuat perhiasan bagi bayi tersebut dan akan dipakaikan pada hari pemberian nama.

Bagi masyarakat India, terdapat beberapa pantang larang yang perlu diamalkan oleh seorang ibu yang mengandung. 

ü         Dilarang keluar rumah berseorangan pada waktu malam

ü         Dilarang tidur pada waktu siang atau tidur berlebihan.

ü        Dilarang melakukan perbuatan-perbuatan buruk seperti mengumpat, membuat fitnah, bergaduh, menyembelih binatang dan sebagainya.

ü     Dalam tempoh 2 bulan selepas bersalin, si ibu perlu menghindarkan diri daripada melakukan kerja-kerja yang berat.

ü  Masyarakat India mengamalkan tempoh berpantang selama 60 hari. Pada tempoh hari yang pertama, saudara mara dan jiran tidak digalakkan melawat ke rumah bayi yang baru dilahirkan kerana takut-takut mengganggu bayi yang baru lahir dan menyebabkan dia terkejut


BUDAYA MAKANAN

1.       Wanita yang melahirkan anak digalakkan makan sayur-sayuran seperti araikkeerai (daun kurma). Sayur-sayuran ini dapat mencegah ibu menghidap daripada demam selain menawarkan tenaga yang berterusan. Iajuga baik untuk kesihatan bayi," jelas Anggaiyee yang juga seorang pengamal amalan perbidanan tradisional ini.

2.       Sejenis sup herba marunthu selavu akan dimasak bersama ayam kampung untuk si ibu mengubati luka akibat bersalin dan mengembalikan tenaga.

3.       Selain itu, selama dua bulan tempoh berpantang mereka juga dinasihatkan makan daun sirih, buah pinang dan kapur untuk menambah kalsium.

4.       Hidangan kepala kambing dan ikan yu bersama bawang putih pula berguna untuk membantu menghasilkan susu badan," jelas Anggaiyee yang mempelajari ilmu perbidanan daripada ibunya.

5.       penggunaan bahan-bahan herba terutamanya kunyit sebagai ejen mencegah bakteria dan virus dapat membantu menyembuhkan luka dengan cepat.



Comments