Posts

Showing posts from November, 2020

PANTANG LARANG & BUDAYA MAKANAN KAUM INDIA SEWAKTU HAMIL

 setiap masyarakat pasti ada pantang larang sendiri yang boleh membantu mereka dalam mendapat kebaikan sendiri. Tak kisahlah melayu, cina atau india hehe.      So, dekat bawah ni korang boleh lah ambil tahu pantang larang kaum India sewaktu hamil hehe.  Moga bermanfaat heeee. PANTANG LARANG SEWAKTU HAMIL SEWAKTU MENGANDUNG Adat Valaikaappu adalah adat yang dilakukan ketika kandungan sulung wanita hamil menjangkau usia tujuh hingga sembilan bulan. Wanita hamil tersebut akan dipakaikan sebentuk gelang tangan baru yang dikenali sebagai Suulkaappu. Suul bermaksud `kandungan ibu’ dan Kaappu pula bermaksud ‘perlindungan’. Gelang ini dipakai bertujuan untuk melindungi bayi di dalam kandungan daripada kesukaran semasa bersalin. Adat Valaikaappu diadakan pada hari dan masa yang baik menurut kalendar India. Upacara ini akan diadakan di rumah suami atau ibu bapa dan disertai oleh kaum wanita yang telah bersuami dan mempunyai anak yang dipanggil cumanggali. Gelang tangan ya...